Zum Inhalt springen

EP210 | Amanat Perdana, Jemputan Bekas PM, Pendakwaan RCI TH, Kenyataan Anwar-Taiwan, Jerebu Teruk

03.09.2026 · 1 Std. 20 Min.

Shownotes

Episod 210 Keluar Sekejap membincangkan pengumuman Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk peningkatan had BUDI95 dan BUDI Diesel, bantuan untuk sekolah daif, penambahbaikan kesihatan awam, pelepasan e-Invois serta akses AI percuma untuk 100,000 belia. Adakah pengumuman sebegini benar-benar memberi kesan kepada sentimen rakyat, atau sudah menjadi “checklist” setiap kali sambutan Hari Kebangsaan? Turut dibincangkan persoalan mengenai timing pengumuman dan apakah bentuk reformasi yang lebih bermakna kepada rakyat.

Episod ini turut menyentuh isu Tabung Haji dan polemik berkaitan keadaan kewangan serta laporan RCI, termasuk persoalan mengenai kerugian, kaedah perakaunan dan tadbir urus institusi tersebut. Adakah isu Tabung Haji sekadar soal teknikal perakaunan, atau terdapat persoalan lebih besar mengenai bagaimana institusi penting negara diurus?

Dalam perkembangan politik semasa, KJ dan Shahril membincangkan pendirian UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO, termasuk isu kedaulatan undang-undang, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah serta kemungkinan kerjasama dengan PAS dan Perikatan Nasional. Apakah hala tuju UMNO dan sejauh mana perkembangan ini boleh memberi kesan kepada Kerajaan MADANI?

Turut dibincangkan ketegangan berkaitan peruntukan dan pembayaran projek kerajaan, termasuk persoalan hubungan antara kepimpinan politik dengan jentera kerajaan.

Di peringkat antarabangsa, episod ini meneliti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai China dan Taiwan, dasar One China serta kedudukan Malaysia dalam persaingan geopolitik antara China dan Amerika Syarikat. Bagaimana Malaysia boleh mengimbangi prinsip dasar luar dengan kepentingan ekonomi dan strategik negara?

Akhir sekali, KJ dan Shahril membincangkan isu jerebu rentas sempadan yang kembali melanda Malaysia, termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia serta kelemahan mekanisme ASEAN dalam menangani masalah yang berulang setiap tahun.

Alle Folgen von Keluar Sekejap

Einstellungen

Darstellung

Sprache

Bestimmt, welche Sender dir auf der Startseite zuerst gezeigt werden.

Verlauf

Zuletzt gehörte Sender und Folgen und deine letzten Suchen liegen nur in diesem Browser.

Hinweise

Ein kurzer Hinweis, wenn ein Podcast, dem du folgst, eine neue Folge hat. Einzelne Podcasts stellst du über die Glocke auf ihrer Seite ab.

Konto

Favoriten speichern – in der App und auf der Website.

Tastenkürzel

/
Suche öffnen
Leertaste
Abspielen oder anhalten
← →
Im Player: 15 s zurück, 30 s vor (Folgen) · im Regal: nächste Kachel
↑ ↓
Im Regal: Ziel innerhalb der Kachel
Pos1 / Ende
Im Regal: erste bzw. letzte Kachel
Esc
Fenster oder Menü schließen
?
Diese Übersicht
Läuft gerade

Zur Senderseite

Als Nächstes

    Folgen mit „Als Nächstes“ vormerken – sie laufen nach der aktuellen Folge.