Zum Inhalt springen

EP209 | Krisis Dalaman PKR, Peruntukan MP PKR Disekat, Sidang Khas Parlimen RCI TH

14.08.2026 · 1 Std. 21 Min.

Shownotes

Episod 209 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman PKR yang semakin menjadi perhatian, termasuk peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen Subang dan keahliannya dalam PKR sebelum menyertai Parti Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi. Apakah yang sedang berlaku dalam PKR, dan apakah implikasinya terhadap kestabilan politik Kerajaan MADANI?


Turut dibincangkan isu peruntukan Ahli Parlimen PKR yang disekat, selepas akses kepada portal MyKhas untuk mendapatkan peruntukan khas dilaporkan disekat bagi beberapa Ahli Parlimen PKR. Adakah peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar diberikan secara sama rata tanpa mengira sokongan politik? Apakah kesannya jika kuasa sebagai Perdana Menteri digunakan sebagai alat tekanan dalam politik?


Episod ini turut meneliti Sidang Khas Parlimen berkaitan RCI Tabung Haji, termasuk persoalan mengenai laporan RCI, mengapa laporan tersebut tidak dibahaskan dengan lebih menyeluruh serta apakah tindakan yang wajar diambil susulan penemuan dan rumusan RCI. Perbincangan turut menyentuh persoalan tadbir urus dan masa depan Tabung Haji.


Dalam episod ini juga, Shahril berkongsi pengalaman menyertai HYROX serta perbincangan mengenai komuniti dan komitmen dalam acara tersebut. KJ dan Shahril juga menyentuh perkembangan AI Malaysia Takeover 2026 dan bagaimana AI semakin boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian serta komuniti.

Alle Folgen von Keluar Sekejap

Einstellungen

Darstellung

Sprache

Bestimmt, welche Sender dir auf der Startseite zuerst gezeigt werden.

Verlauf

Zuletzt gehörte Sender und Folgen und deine letzten Suchen liegen nur in diesem Browser.

Hinweise

Ein kurzer Hinweis, wenn ein Podcast, dem du folgst, eine neue Folge hat. Einzelne Podcasts stellst du über die Glocke auf ihrer Seite ab.

Konto

Favoriten speichern – in der App und auf der Website.

Tastenkürzel

/
Suche öffnen
Leertaste
Abspielen oder anhalten
← →
Im Player: 15 s zurück, 30 s vor (Folgen) · im Regal: nächste Kachel
↑ ↓
Im Regal: Ziel innerhalb der Kachel
Pos1 / Ende
Im Regal: erste bzw. letzte Kachel
Esc
Fenster oder Menü schließen
?
Diese Übersicht
Läuft gerade

Zur Senderseite

Als Nächstes

    Folgen mit „Als Nächstes“ vormerken – sie laufen nach der aktuellen Folge.