Skip to content
No Tapis

No Tapis

NewEpisod 490 NoTapis - Susah Nak Hamil, Salah Siapa? Suami atau Isteri?November 13, 2026 · 57 min
Episodes
560
Released
weekly
Latest episode
Nov 13, 2026

About the podcast

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.

Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.

Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

Episodes 560

  1. Episod 490 NoTapis - Susah Nak Hamil, Salah Siapa? Suami atau Isteri?

    57 minEpisode 490

    Bila pasangan suami isteri sukar mendapatkan zuriat, kenapa wanita sering menjadi tumpuan? Sedangkan masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki. Dalam episod NoTapis kali ini, kami bersama pakar …

    Show notes

    Bila pasangan suami isteri sukar mendapatkan zuriat, kenapa wanita sering menjadi tumpuan? Sedangkan masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki.

    Dalam episod NoTapis kali ini, kami bersama pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Julianah Abu, serta pengasas Body Literacy Girlies, Cik Aneesa Ahmad Jailani, untuk membincangkan faktor yang menjejas kesuburan lelaki dan wanita, kepentingan memahami kitaran haid serta mengapa pendidikan kesihatan reproduktif perlu bermula sejak usia muda.

    Adakah kita sebenarnya cukup mengenali tubuh sendiri?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  2. Episod 489 NoTapis - Tak Fasih Melayu, Boleh ke Masuk Persatuan Melayu?

    50 minEpisode 489

    Kena fasih bahasa Melayu ke kalau nak sertai persatuan Melayu di universiti? Dalam episod NoTapis kali ini, bersama Presiden Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu NTU), Encik …

    Show notes

    Kena fasih bahasa Melayu ke kalau nak sertai persatuan Melayu di universiti? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, bersama Presiden Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu NTU), Encik Naufal Aiman Jasni, dan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS), Cik Pearl Insyirah Mohd Mubbin, kami membincangkan cabaran menarik minat mahasiswa terhadap bahasa dan budaya Melayu.

    Daripada penggunaan bahasa Inggeris, trend media sosial hinggalah kegiatan yang lebih dekat dengan jiwa Gen Z, bagaimana persatuan Melayu ini menyesuaikan pendekatan mereka supaya kekal relevan?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  3. Episode 488 NoTapis - AI vs pakar terapi: Boleh ke ChatGPT gantikan sesi terapi?

    1 hEpisode 488

    Pernah tak luahkan perasaan pada AI? Dan jawapan yang ia berikan pun macam sedapkan hati? Kalau nak pergi sesi terapi pula macam mahal dan lama nak kena tunggu? Dalam episod NoTapis kali ini, Pengasas dan Ketua …

    Show notes

    Pernah tak luahkan perasaan pada AI? Dan jawapan yang ia berikan pun macam sedapkan hati?
    Kalau nak pergi sesi terapi pula macam mahal dan lama nak kena tunggu? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prowise Consultancy & Ace Asia Pte Ltd, Dr Rasimah, dan Pengasas, Pengamal Utama di Practitioners Collective, Encik Ahmad Taufiq kupas dilema mendapatkan bantuan dan sokongan emosi dan mental dalam era sekarang.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  4. Episod 487 NoTapis - “Gambar ‘handsome’ tapi bila jumpa, macam ‘cardboard’?”

    55 minEpisode 487

    Dekat ‘dating profile’ bukan main, tapi bila jumpa ‘in-person’....kecewa? Nak cari pasangan hidup, tapi banyak sangat syarat? Kena ada kerjaya stabil, simpanan mencukupi, rupa paras menarik, malah ada yang …

    Show notes

    Dekat ‘dating profile’ bukan main, tapi bila jumpa ‘in-person’....kecewa?

    Nak cari pasangan hidup, tapi banyak sangat syarat? Kena ada kerjaya stabil, simpanan mencukupi, rupa paras menarik, malah ada yang sampai tetapkan BMI calon pasangan! 👀

    Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha bersama tiga ‘match-makers’ - penyedia khidmat mencari jodoh,-Serasi Souls, Sacred Weave dan Peas In A Pod, mengupas cabaran mencari pasangan hari ini. Kenapa lelaki lebih keberatan menyertai acara mencari jodoh? Adakah kita terlalu memilih atau sebenarnya takut ‘rejection’?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  5. Episod 486 NoTapis - Sukan pecah tulang?! Kisah atlet S’pura di World Nomad Games

    1 h 5 minEpisode 486

    Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda? Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura. Bersama tiga wakil …

    Show notes

    Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura.

    Bersama tiga wakil Singapura ke Sukan Nomadik Dunia 2026 di Kyrgyzstan atlet memanah Encik Muhammad Sufi Rohaizad dan Cik Noor Zayanah Hamis, serta atlet ‘strongman’,  Encik Ahmad Taufiq Muhammad kita dengar pengalaman mereka bertanding dalam acara memanah tradisional dan strongman.

    Daripada pengalaman tidak dijangka sepanjang temasya, pakaian tradisional lengkap dengan tanjak, hinggalah kisah bagaimana sukan membentuk kehidupan dan kerjaya mereka.

    Apa yang membuatkan mereka terus mengejar minat dalam sukan yang kurang dikenali ini?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  6. Episod 485 NoTapis - Bukan Melayu tapi cinta Bahasa Melayu

    45 min

    Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur …

    Show notes

    Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas sebagai pegawai diplomatik di Kuala Lumpur sebelum ini, serta bagaimana bahasa Melayu menjadi jendela kepada budaya dan nilai masyarakat.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  7. Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik

    11 minEpisode 485

    Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa. Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia …

    Show notes

    Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa.

    Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi pandangan mereka tentang mempunyai adik, dan kehidupan dalam keluarga yang lebih besar, penggunaan skrin dan juga aspirasi mereka!

     

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  8. Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja

    48 minEpisode 484

    Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu? Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja? Sempena Bulan …

    Show notes

    Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu?

    Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja?

    Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas alam persekolahan. Kami juga bincangkan “grammar police”, identiti Melayu, penggunaan AI dan persoalan lebih besar: bagaimana Bahasa Melayu boleh terus menjadi bahasa yang hidup, moden dan mampu membawa ilmu serta idea baharu?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  9. Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”

    38 minEpisode 484

    “Bahasa Melayu saya tak bagus.” Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS …

    Show notes

    “Bahasa Melayu saya tak bagus.”

    Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba? 

    Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura hari ini.

    Daripada ‘berbual  rojak’ dan rasa takut tersilap, hingga persoalan sama ada Bahasa Melayu semakin terpinggir, kami kupas apa sebenarnya yang perlu dilakukan agar bahasa ini terus hidup, digunakan dan berkembang dalam generasi akan datang.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  10. Notapis Live: Bahaya ‘grooming’ dan apa ‘red flags’ ibu bapa perlu perhatikan?

    1 h 21 minEpisode 483

    Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos …

    Show notes

    Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos NoTapisNatasha Mustafa dan Koresponden Nur Dhuha Esoof membincangkan isu ‘grooming’ dan keselamatan kanak-kanak bersama Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hayaa Network, Ustazah Liyana Musfirah dan Pekerja Sosial Kanan PPIS, Cik Siti Khadeejah Muabdu. Episod ini - yang diadakan di Auditorium SPH baru-baru ini- turut melibatkan penonton yang melalui beberapa tinjauan pendapat semasa perbincangan tersebut.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  11. Episod 482 NoTapis - “Bila anak saya bunuh diri…”

    1 h 12 minEpisode 482

    ⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri. Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan …

    Show notes

    ⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri.

    Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan nama sebenar) memutuskan untuk bunuh diri pada 2023. 

    Dalam episod NoTapis ini, Cik Mariam berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu dan penjaga, kesan kehilangan terhadap keluarganya serta stigma yang dihadapi individu dengan masalah kesihatan mental.

    Bersama Penyelia Klinikal Club HEAL, Cik Balqis Mericar, kami turut membincangkan mengapa tanda seseorang sedang mengalami masalah mental tidak mudah dilihat, tekanan terhadap kaum adam untuk sentiasa kelihatan “kuat”, serta bagaimana keluarga dan masyarakat boleh memberi sokongan.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  12. Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?

    18 minEpisode 481

    Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau …

    Show notes

    Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution (RI) membawa pendengar menyelami isu penggunaan bahasa dalam kalangan belia menerusi kisah fiksyen seorang pempengaruh yang dituduh “menculik” bahasa generasi muda.

    Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari RI yang juga merupakan juara bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  13. Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?

    16 minEpisode 480

    Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran …

    Show notes

    Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu hingga ke usaha kekalkan adab dan nilai Melayu. 


    Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari Madrasah Alsagoff yang juga merupakan pemenang Tempat Kedua bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  14. Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’?

    19 minSeason 1 · Episode 479

    Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan …

    Show notes

    Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan perdebatan sengit antara impak permainan digital moden dengan kepentingan mempertahankan nilai warisan dan identiti budaya Melayu di Singapura.

    Episod ini merupakan hasil karya pelajar sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Anderson Serangoon yang juga merupakan pemenang Tempat Ketiga bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

    Episod ini merupakan karya tempat ketiga Piala Podcast 2026.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  15. Episod 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?

    37 minEpisode 478

    Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila sebut tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara …

    Show notes

    Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila  sebut  tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri?

    Dalam episod NoTapis kali ini, dua kakitangan Palang Merah Singapura, Muhammad Daniel Samu Wel dan Mohammad Indera Putra Abdullah, berkongsi perjalanan mereka — daripada membantu warga emas dan memberi bantuan kecemasan, hingga berdepan kehilangan serta tekanan emosi yang datang bersama tugas tersebut.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  16. Episode 477 NoTapis - Belia Singapura yakin masa depan negara, tapi bimbang nasib sendiri?

    54 minEpisode 477

    Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih …

    Show notes

    Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri?

    Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak muda daripada latar belakang berbeza untuk berbincang secara terbuka tentang cabaran yang dihadapi generasi hari ini, mengapa ramai masih memilih untuk kekal di Singapura, dan apakah yang perlu dilakukan supaya belia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada masa depan negara, tetapi mampu berkembang seiring dengannya.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  17. Episod 476 NoTapis - “Buat apa masuk dikir? Bukannya boleh buat duit..” Masuk bidang seni=tak ada masa depan?

    50 min

    "Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai? …

    Show notes

    "Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai? 

    Episod NoTapis kali ini diadakan di Taman Warisan secara langsung dan kita dapatkan pandangan penonton juga kali ini selain empat panelis: Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Didicazli Ismail; pengasas syarikat teknologi dan arkitek data, Encik Shamir Rahim; dan tukang karut muda daripada Politeknik Republic, Cik Nur Syahindah Aqilah Zakaria.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  18. Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?"

    49 minEpisode 475

    “Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..” Betul ke? Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ …

    Show notes

    “Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..”

    Betul ke?

    Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada  pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ bagaimana pula? Masih ada ‘chance’? 

    Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan Cik Noor Aini Jani dan Encik Muhammad Waliyuddin kongsi perjalanan mereka daripada rumah sewa ke rumah sendiri, serta bagaimana bimbingan HDB Home Ownership Support Team (HST) membantu mereka memahami proses, geran dan kelayakan yang selama ini mereka sangka di luar kemampuan mereka.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  19. Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?

    1 h 9 min

    Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis …

    Show notes

    Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam Kanan, Titanium Law Chamber LLC dan Lulusan bidang undang-undang, Universiti Nasional Singapura (NUS) tentang realiti sebenar menjadi seorang peguam di Singapura. Daripada tekanan memenuhi tuntutan klien hinggalah kesan teknologi yang menjadikan kerja semakin pantas, kami mengupas persoalan yang ramai ingin tahu: adakah profesion ini masih mampu menarik dan mengekalkan bakat-bakat muda? Adakah masalahnya generasi muda... atau sistem yang perlu berubah?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  20. Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?

    56 min

    Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha …

    Show notes

    Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?

    Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).

    Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda: 

    • Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok?
    • Perlukah kita risau dengan bahasa rojak? 
    • Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu? 
    • Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman?

    Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  21. Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi…

    47 minEpisode 472

    Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli. Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang …

  22. Episod 471 NoTapis - Anak terlebih 'screen time': Salah ibu bapa?

    48 minEpisode 471

    "Bagi gajet sebab nak anak diam..." Pernah tak anda buat macam ini? Ramai ibu bapa terperangkap dalam tabiat ini tanpa menyedari kesan jangka panjangnya. Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan 'content …

  23. Episod 470 NoTapis - Tak pernah ada anak, tiba-tiba jadi ayah “instant”?

    36 minEpisode 470

    Apa yang menjadikan seseorang itu seorang ayah? Adakah ia pertalian darah atau kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari? Dalam episod NoTapis khas sempena Hari Bapa ini, Encik Idid Hazalee Hamid berkongsi …

  24. Episod 469 NoTapis - “Orang yang saya tak kenal selamatkan nyawa saya…”

    35 minEpisode 469

    Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu …

    Show notes

    Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis kali ini, Falisha berkongsi perjalanan hidupnya — daripada zaman kanak-kanak yang banyak dihabiskan di hospital, rasa FOMO melihat kawan-kawan menjalani kehidupan biasa, hinggalah saat beliau sedar bahawa darah daripada orang asing telah membantu menyelamatkan nyawanya.

    Turut bersama ialah Cik Nur Huda Mustapha daripada Palang Merah Singapura yang berkongsi tentang keperluan darah di Singapura, proses pendermaan darah dan mengapa setiap penderma memainkan peranan besar dalam menyelamatkan nyawa.

    🩸 Berani derma darah selepas dengar episod ini?

    See omnystudio.com/listener for privacy information.

  25. Episod 468 NoTapis - “Nak ada anak, atau tak…”

    54 minEpisode 468

    ***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali …

  26. Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman?

    49 minEpisode 467

    Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027. Kita …

  27. Episod 466 NoTapis - Diburu ‘ah long’, diisytihar ‘bankrupt’...bekas penghutang buka cerita

    59 minEpisode 466

    Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu …

  28. Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem?

    46 minEpisode 465

    Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal? Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal …

  29. Episod 464 NoTapis - Kisah Hari Ibu: Bila anak yang pergi dulu...

    57 minEpisode 464

    Gelaran ‘ibu’ dianggap sebagai anugerah, namun ia datang dengan ujian air mata, kesabaran dan cabaran penantian tersendiri. Dalam episod khas Hari Ibu ini, NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza… …

  30. Episod 463 NoTapis - ‘Job hopping’ vs ‘job hugging’: Siapa lagi selamat?

    44 minEpisode 463

    Dalam dunia pekerjaan hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja? Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik …

These are the latest 40 of 560 episodes. You’ll find older episodes in the podcast’s feed.

Is this your podcast?

Confirm it with an entry in your feed: you get a code here, add it as podcast:txt to the channel of your feed, and we check it. Your podcast is then shown as “verified” on SoundNode.

Settings

Display

Language

Decides which stations you see first on the home page.

History

Recently played stations and episodes and your latest searches are only stored in this browser.

Notifications

A short notice when a podcast you follow has a new episode. Turn off single podcasts with the bell on their page.

Account

Save favorites – in the app and on the website.

Keyboard shortcuts

/
Open search
Space
Play or pause
← →
In the player: back 15 s, forward 30 s (episodes) · in a row: next tile
↑ ↓
In a row: target within the tile
Home / End
In a row: first or last tile
Esc
Close window or menu
?
This overview
Now playing

Go to station page

Play next

    Add episodes with “Play next” – they play after the current episode.